Awas, Hampir Seluruh Negeri Bakal Dibadai Ribut Petir Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka melanda melibatkan hampir semua negeri di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 10 negeri dijangkakan terlibat dengan ribut petir iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Labuan.

Antara kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 2 petang ini ialah semua daerah (Perlis), Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu (Kedah), (Pulau Pinang), Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak (Perak), Bera, Pekan, Rompin (Pahang), Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang (Selangor), (WP Putrajaya), Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin (Negeri Sembilan), (Melaka), (Johor).

Bagi kawasan di negeri luar Semenanjung pula ialah pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Sabah) dan Labuan.

Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti luar atau beriadah pada petang ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

Sumber : Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *