Suami Isteri Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Di Ranau

Kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Kinapulidan, Ranau. – Foto ihsan bomba

RANAU: Sepasang suami isteri warga emas meninggal dunia dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah satu tingkat di Kampung Kinapulidan di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah dalam satu kenyataan hari ini menyatakan mangsa dikenalpasti sebagai Haji Yahya Maidin dan Wasiah Wakadi.

Keadaan rumah setelah api berjaya dikawal dan dipadamkan oleh pasukan bomba

Kedua-dua mangsa berusia 70 tahun ditemui rentung di kawasan ruang tamu tingkat bawah rumah tersebut pada jam 5.18 pagi oleh pasukan bomba.

Menurut laporan, terdapat 20 ahli keluarga yang tinggal di dalam rumah tersebut namun hanya 18 orang berjaya keluar menyelamatkan diri.

Keadaan rumah setelah api berjaya dikawal dan dipadamkan oleh pasukan bomba

Enam anggota bomba diketuai PPgB Ridhwan Mohd Taib yang juga ketua balai bersama dua jentera dari Balai Bomba Ranau dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 9km jauh, sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.29 pagi.

Sebaik tiba pasukan bomba berusaha memadam api dan mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekeliling. Operasi tamat pada jam 8.16 pagi.

Punca dan kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.-SabahNewsToday

32