Hukuman Lebih Berat Perlu Dikenakan Kepada Pembunuh Gajah – Mohd Shafie

KOTA KINABALU, 21 Okt: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta hukuman lebih berat diambil terhadap mana-mana individu dan pihak yang terbukti membunuh gajah di negeri ini.

Beliau tindakan tegas itu sebagai peringatan untuk tidak mengambil tindakan terhadap gajah yang masuk ke kawasan mereka dan memusnahkan tanaman.

“Saya sudah menyatakan bahawa bukan lesen untuk mana-mana pihak untuk membunuh hidupan liar yang masuk ke kawasan tanah mereka.

Apa perlu dilakukan adalah pemilik tanah perlu bekerjasama erat dengan pihak berkuasa iaitu Jabatan Hidupan Liar untuk menangani masalah berkenaan…isu ini perlu dipandang serius dan perlu ditangani dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Kerajaan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Bangkai seekor lagi gajah pigmi jantan tanpa gading, dipercayai sudah mati kira-kira lima hari, ditemukan di sebuah ladang di  Labuk pada pagi Sabtu lepas dengan beberapa kesan tembakan.

Ia adalah kes kedua, selepas  bangkai seekor gajah pigmi ditemukan di Sungai Udin Dumpas, Kalabakan, Tawau juga dengan kesan tembakan pada 25 Sept lepas, yang mana enam individu telah direman untuk membantu siasatan.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *