6 Penagih Warga Tempatan Ditahan Di Papar

Enam suspek lelaki warga tempatan yang ditahan selepas positif dadah.

PAPAR: Enam lelaki ditahan sepasukan polis dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan di sekitar sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata sepanjang operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar itu, enam individu ditahan selepas menunjukkan ciri-ciri mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek warga tempatan berumur dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencing positif.

“Kesemua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Batholomew berkata kejayaan operasi ini adalah salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah seterusnya mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar.

15