
LORI HILANG KAWALAN LALU TERBALIK, PEMANDU DAN KELINDAN LORI MAUT
BELURAN: Pemandu dan kelindan lori maut selepas kenderaan yang dipandu hilang kawalan di jalan ladang Cepat Wawasan Daerah Paitan, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pemandu lori Herman Lammu, 19, dan kelindan Edi Matta, 27, masing-masing warganegara Indonesia parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata siasatan awal mendapati lori muatan baja terbabit melalui jalan menuruni bukit dan tidak rata.
“Lori dipandu mangsa bagaimanapun hilang kawalan dan terbabas.
“Kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk masing-masing dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-SabahNewsToday
