Abang Jo Lawat Tun Sakaran Dandai

un Sakaran (kiri) menerima kunjungan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di kediaman beliau hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengadakan kunjungan hormat ke atas mantan Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai di Kampung Likas, di sini, dipenghujung rangka lawatan beliau ke Sabah.

Rombongan turut disertai oleh isteri Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan beberapa pegawai kerajaan negeri Sarawak.

Kunjungan hormat selama sejam itu diakhiri dengan sesi merakamkan foto kenangan bersama ahli keluarga Tun Sakaran bersama Ketua Menteri Sarawak bersama isteri selepas menikmati jamuan makan tengah hari di kediaman mantan Ketua Menteri Sabah dan TYT Sabah itu sebelum berangkat balik ke Sarawak.

Sebelum itu, Abang Johari turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di Bukit Nenas, Kota Kinabalu.

SabahNewsToday

15