‘Selamat Ulang Tahun Isteriku Tercinta…’ – Gara-Gara Minta Cerai, Isteri & Anak Tiri Dikerat 8 Bahagian & Dibuang Di Semak

Susulan penemuan anggota badan dikerat lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong, Melaka semalam, polis telah menahan seorang lelaki warga Singapura yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam itu. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, suspek telah ditahan hasil kerjasama dengan polis Singapura berdasarkan hasil risikan di tempat kejadian yang dipercayai rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya. 

“Waran tangkap dipohon di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa suspek ke Malaysia sedang dijalankan. 

“Siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek diperolehi,” katanya. 

Siasatan polis mendapati, hanya sebahagian badan manusia ditemui di kawasan semak. Mangsa dipercayai dibunuh di rumah milik mangsa. Selain itu, turut ditemui kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut. 

Sementara itu, jiran pasangan berkenaan berkata, dia tidak pernah mendengar suami isteri itu bergaduh dan tidak menunjukkan seperti mempunyai masalah dalam hubungan. 

“Walaupun mereka jarang balik, tapi sesekali bila pulang mereka tetap menyapa saya dan tidak menunjukkan seperti mempunyai masalah dalam hubungan. 

“Memang pasangan itu dan tiga anaknya jarang balik ke sini kerana suaminya bekerja di Singapura dan hanya pulang tak sampai 10 kali sebulan,” katanya. 

Petang semalam, polis menemui anggota badan manusia dipercayai lebih daripada seorang yang dibuat di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong. 

Berdasarkan laporan siasatan yang viral di media sosial hari ini, anggota badan yang ditemui itu adalah milik si isteri dan anak lelakinya berumur 10 tahun. 

KRONOLOGI KEJADIAN

Hasil Intelligence Suspek, daripada Pihak Polis Singapura mendapati:
Suspek mendakwa bahawa telah berlaku pertengkaran diantara suspek dan isterinya (si mati 1) yang berlaku di rumah beralamat: No 26 Jalan MJ 10, Taman Merdeka Jaya, Bt Berendam Melaka. 

Status Facebook yang sempat dimuat naik suspek sebelum kejadian

Pertengkaran berpunca daripada rungutan si mati (1) berkenaan keluarga suspek cuba menghindari si mati (1). Suspek memberitahu si mati (1) bahawa itu bukanlah penyebabnya, tetapi si mati (1) masih bertegas dan bertindak melemparkan hadiah ulang tahun yang dibeli keluarga suspek untuk si mati (1). 

Disebabkan kejadian itu, suspek dan si mati (1) mula bertengkar dan si mati (1) bertindak memukul suspek.

Pada peringkat awal, suspek mendakwa dia tidak membalas tindakan si mati (1), tetapi apabila si mati (1) mula meminta cerai, suspek mengatakan ketika itu dia telah hilang pertimbangan dan bertindak mengambil pisau di dapur dan menikam si mati (1). 

Suspek juga mendakwa ada menggunakan sebilah parang untuk memotong kepala si mati (1) akibat suspek terlalu marah.

Pada ketika itu, suspek melihat bahawa anak si mati (1) yang berusia 10 tahun, si mati (2) telah melihat apa yang dilakukan terhadap si mati (1). 

Suspek mengatakan dia tidak tahu apa yang dilakukan, suspek dapati bibir si mati (2) telah dipotong terbuka dan ada kesan tikaman di belakang si mati (2). Suspek mempunyai kecederaan kecil pada jari dan tanda pada bahagian dada, semasa pergelutan dengan si mati (1).

Pertengkaran berlaku sekitar jam 2100 Hrs (tarikh kejadian belum dipastikan) dan suspek mula memotong bahagian-bahagian badan si mati (1) dan (2) jam 0100 Hrs. Suspek bertindak memotong kedua kepala si mati, telapak tangan, anggota badan yang lain.

Telapak tangan si mati dibuang ke dalam bekas tong sampah di luar rumah teres, manakala bahagian tubuh yang lebih besar diisi di dalam (4) beg kanvas untuk dibuang ke kawasan hutan. 

Mayat si mati (1) dan si mati (2) diletakkan di dalam bonet kereta bahagian belakang semasa suspek hendak buang di kawasan hutan, anak lelaki bongsu si mati (1) ada dibawa bersama oleh suspek dalam kereta dari rumah di Taman Merdeka Jaya.

Suspek membawa kereta menuju ke Kawasan berhutan di kawasan krubong, Melaka. Suspek mendakwa keratan-keratan mayat dilemparkan ke jauh ke dalam kawasan hutan di Krubong untuk dilupuskan. 

Suspek kemudian membakar (4) beg kanvas tersebut. Suspek memberitahu bahawa dia boleh membawa polis ke lokasi –lokasi tersebut.

Selepas membuang keratan mayat si mati, suspek telah menghantar anak bongsu si mati (1) ke rumah mak mertua di Rumah Pangsa Taman Merdeka.

Suspek tidak mencederakan anak bongsu si mati (1) kerana sepanjang pertengkaran dengan si mati (1) sehingga suspek membunuh si mati (1) dan si mati (2), anak bongsu si mati (1) tidur.

Hasil semakan keluar masuk suspek Malaysia – Singapura dapati, suspek keluar dari Singapura melalui pos pemeriksaan Woodlands menaiki bas pada 29/09/2019 dan kembali semula ke Singapura pada 08/10/19 menaiki bas melepasi pemeriksaan Woodlands pada jam 2100 Hrs,
Ketika suspek, bersama keluarganya iaitu bapa dan adik-beradiknya yang berkumpul di rumah saudara mereka di Singapura.

Perbualan di antara mereka, suspek telah berkata bahawa dia membunuh isterinya (si mati 1) dan anak lelaki (si mati 2) di Melaka. 

Suspek dikatakan kelihatan tertekan dan menggigil. Bapa suspek bertanyakan kepada suspek bila kejadian suspek membunuh si mati (1) dan (2) suspek berkata kejadian berlaku pada hari Ahad (6/10).

Kemudian, ayah suspek memberitahu untuk menyerah diri, tetapi suspek bertindak meninggalkan rumah.

Suspek telah berkahwin dengan si mati (1) di Malaysia lebih kurang satu tahun yang lalu dan mempunyai 4 orang anak (hasil perkahwinan si mati (1) dengan suami sebelum suspek).

Ahli keluarga suspek tidak mempunyai nombor telefon dan butir-butir si mati (1) dan si mati (2). Suspek telah ditahan oleh pihak Polis Singapura dan akan diserahkan kepada pihak Polis Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maklumat lain yang diperolehi:

  1. Pakaian yang suspek pakai ada di rumah Melaka
  2. Pisau yang digunakan untuk memotong badan si Mati (1) & (2) ada di Malaysia.
  3. Suspek telah membuang senjata iaitu sebilah parang ke dalam tong sampah
  4. Kereta isteri berada di parking, Rumah Pangsa Taman Merdeka.

Sumber: Harian MetroFacebook, TheReporter