Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dirogol bapanya di rumah lelaki itu di Kota Banjarbaru, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Mangsa telah dirogol oleh bapanya yang berumur 50 tahun, berkali-kali semenjak tahun 2017 sehingga disahkan hamil dua bulan.
Lapor Kompas, ibu bapa remaja berkenaan bercerai ketika dia masih kecil. Lebih teruk lagi, mangsa pernah dirogol bapa saudaranya sendiri (adik beradik ibu).
Selepas kejadian itu, mangsa mengambil keputusan untuk tinggal dengan bapa dengan harapan dapat memulakan hidup baru.
Malangnya harapannya itu berkecai apabila si bapa pula bertindak memperkosanya.
Ketika melakukan perbuatan terkutuk itu, si bapa mengetahui anaknya sudah tiada dara, lalu bertanya siapa yang ‘meragut’ daranya itu.
Mangsa memaklumkan dia pernah dirogol oleh bapa saudara.Mendengar pengakuan mangsa, suspek menjadi semakin kesetanan dan meratah anaknya berkali-kali, selain mengancam untuk memberitahu bekas isterinya yang mangsa pernah dirogol bapa saudaranya.
Selepas kejadian itu, mangsa disahkan hamil dan suspek menyuruh mangsa mencari teman lelaki di luar agar lelaki itu boleh menggalas tanggungjawab terhadap kandungan tersebut.
Malangnya, mangsa tidak berjaya sehingga kandungannya berusia dua bulan.
Panik dengan keadaan itu, suspek mengajak rakannya berumur 57 tahun untuk merogol mangsa dan kemudian meminta rakannya bertanggungjawab di atas kehamilan tersebut.
Belum sempat berbuat demikian, rakan suspek merogol mangsa dua kali sehingga keguguran.
Mengetahui mangsa telah mengalami keguguran, suspek kembali berniat untuk mencabul mangsa tetapi ditolak dan mangsa terus melarikan diri sebelum membuat laporan di balai polis.
Ekoran itu, suspek dan rakan subahatnya telah ditahan.
Bapa mangsa berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun, manakala rakan subahatnya turut berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Sumber: Suar Grid