Seorang Maut Kereta Terbabas Langgar Pokok Di Donggongon

KOTA KINABALU, 6 Okt: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pokok di jalan berhampiran Shell Donggongon, dekat sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata Michnathaniel Wong, 18, meninggal dunia di tempat kejadian ekoran tersepit di dalam kereta berkenaan.

Foto Ihsan Pembaca

“Dua lagi lelaki yang turut menaiki kenderaan berkenaan cedera ringan. Mayat Wong kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sabah mendapat panggilan berhubung kejadian itu pukul 5.56 pagi dan lima anggota bomba terlibat dalam operasi membantu mengeluarkan mangsa kemalangan itu.

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *