(VIDEO) Lelaki Maut Direnjat Elektrik Ketika Cas Telefon Masa Tidur

BANGKOK: Seorang pemuda maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas selepas tertidur ketika bermain permainan atas talian di Chonburi, Thailand pada Jumaat lalu.

Daily Mail melaporkan, Sastra Mo-in, 25, sebelum itu bermain permainan berkenaan menggunakan pelbagai peranti elektronik di atas katil dan salah satu daripada telefon bimbitnya sedang dicas.

Menurut ibu saudaranya, Watchareeporn Mo-in, 57, dia melihat mangsa yang tidak sedarkan diri dalam kebiruan ketika masuk untuk mengemas rumah.

Katanya, dia melihat tangan kiri anak saudaranya turut melecur dengan teruk.

“Dia sentiasa menghabiskan masa terlalu lama menggunakan telefon bimbit dan bermain permainan atas talian. Sudah beberapa hari saya melihatnya tertidur ketika telefon bimbit sedang dicas,” katanya.

Polis yang tiba di tempat kejadian itu kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan kes itu ditutup memandangkan kematiannya tidak mempunyai unsur mencurigakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *