Bomba Kunak Padam Kebakaran Dari Merebak Ke 50 Rumah Berhampiran

KUNAK; 27 SEPTEMBER 2019 (Jumaat) – Tindakan pantas Pasukan Bomba dan Penyelamat Kunak mengawal kebakaran daripada merebak berjaya menyelamatkan kira-kira 50 rumah di Jalan Jaya Baru Kampung Zainal Gunung, Kunak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Madzlan Sarman yang dihubungi RTM berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, 3 buah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 3.30 petang sebelum 10 anggota diketuai PBK II Rasah Kaluang bergegas ke lokasi menggunakan sebuah jentera, kenderaan utiliti dan EMRS.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada 4.20 petang dengan pemadaman menggunakan air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

Katanya, kebakaran tidal melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Norazlinah Arif yang juga ADUN Kunak yang dihubungi berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam kebakaran.

#BESTAWAUfm