Anak Angkat Dari Neraka

Barnettbersama Natalia pada Mei 2010 beberapa hari selepas mengambilnya sebagai anak angkat. Agensi

NEW YORK: Satu pasangan suami isteri hidup dalam ketakutan selepas mengetahui anak angkat mereka yang disangka berusia enam tahun sebenarnya seorang wanita dewasa yang menyamar sebagai kanak-kanak.

Lebih menakutkan wanita itu juga mempunyai masalah mental dan pernah beberapa kali cuba membunuh mereka termasuk menikam pisau serta meletakkan racun dalam minuman.

Natalia diambil sebagai anak angkat pada 2010.

Kisah Kristine, 45, dan bekas suaminya, Michael Barnett, 43, bermula apabila mereka mengambil seorang budak perempuan dari Ukraine yang menghidap penyakit tulang sebagai anak angkat pada 2010.

Sijil kelahiran budak perempuan itu yang dikenali sebagai Natalia menunjukkan dia ketika itu berusia enam tahun tetapi sebenarnya berumur hampir 21 tahun.

Natalia dipercayai menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan dia tidak membesar dan dia juga mempunyai masalah mental.

Dalam satu wawancara dengan DailyMailTV baru-baru ini, Kristine memberitahu, semuanya kelihatan normal pada Natalia tetapi mula mengesyaki ada sesuatu pada anak angkatnya itu apabila dia datang bulan serta mempunyai bulu kemaluan.

“Dia juga boleh bercakap seperti orang dewasa. Saya juga pernah melihat dia mencampurkan peluntur ke dalam minuman saya dan cuba menikam kami ketika tidur.

“Keadaan itu menyebabkan kami hidup dalam ketakutan hingga tidak boleh tidur malam kerana bimbang Natalia masuk ke bilik kami,” katanya.

Menurutnya, sangkaan mereka ternyata benar apabila pemeriksaan kesihatan dilakukan terhadap Natalia mendapati dia sudah dewasa dan turut menghidap penyakit mental. – Agensi

Kristine menangis dalam satu wawancara.

Mereka juga berusaha mendapatkan perintah mahkamah untuk mengesahkan bahawa Natalia sebenarnya seorang wanita dewasa dan dihantar untuk menjalani rawatan mental.

Pasangan itu yang kini sudah berpisah kemudian meninggalkan Natalia di sebuah apartmen di Lafayette, Indiana pada 2013 tetapi mereka didakwa polis kerana mengabaikan kanak-kanak.

Menurut Daily Mail, pasangan itu tidak tahu di mana Natalia berada dan mereka bimbang wanita itu mungkin menyamar sebagai kanak-kanak lagi dan diambil sebagai anak angkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *