Budak 12 Tahun Lahir Anak Di Tapak Sampah

Budak perempuan keturunan Gipsi itu dalam ketakutan dan tidak faham apa yang sedang berlaku. Foto Agensi

KIEV: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang tinggal di tapak pelupusan sampah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki berusia 20 tahun.

Kanak-kanak berketurunan Gipsi itu tidak tahu dia sebenarnya sakit bersalin dan ditemui menjerit ketakutan oleh pengawal tapak pelupusan sampah itu yang terus menghubungi talian kecemasan.

Budak perempuan keturunan Gipsi itu dalam ketakutan dan tidak faham apa yang sedang berlaku. Foto Agensi

Bayi itu dilahirkan menerusi pembedahan pada 14 September lalu selepas proses bersalin sukar yang mengambil masa 10 jam, lapor Daily Mail.

Dr Olena Sadova memberitahu media tempatan: “Saya masih terkejut dengan kejadian ini. Seorang kanak-kanak melahirkan anak.

“Budak itu amat kotor dan biadap (mengasingkan diri daripada orang ramai). Dia juga ketakutan dan tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku.

“Proses bersalin mengambil 10 jam dan kami semua terkesan dengannya. Semua yang terbabit dengan kelahiran itu menangis selepas ia selesai.”

Sementara itu, seorang saudara ibu muda itu, Volodymyr Pap memberitahu media tempatan amalan berkahwin pada usia muda memang menjadi budaya masyarakatnya.

DR Olena Sadova

“Melahirkan anak pada usia 12 tahun bukan pelik untuk masyarakat kami, malah isteri saya sendiri baru berusia 13 tahun,” katanya.-Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *