Mangsa Culik Dipercayai Dibawa Ke Tawi-Tawi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan insiden penculikan tiga orang nelayan warga asing yang berlaku pagi hari ini diperairan Lahad Datu.

Katanya kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.58 pagi membabitkan sebuah bot menangkap ikan berhampiran sempadan laut Selatan Filipina.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media selepas menghadiri Resepsi Hari Ulangtahun Ke-74 Kemerdekaan Republik Indonesia di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kejadian itu berlaku pada pukul 11.58 pagi dan saya difahamkan ia membabitkan penculikan nelayan yang berasal dari Indonesia iaitu dari suku Buton.

“Pihak keselamatan kita akan meneliti perkara ini. Difahamkan mereka (mangsa) di bawa ke Tawi-Tawi.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berbual bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani ketika menghadiri Resepsi Hari Ulangtahun Ke-74 Kemerdekaan Republik Indonesia di Kota Kinabalu. . Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Bagaimanapun, kita akan melihat dan meneliti keberadaan dan status mereka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Resepsi Hari Ulang Tahun Ke-74 Kemerdekaan Republik Indonesia, di Magellan Sutera Resort, hari ini.

Mohd Shafie menjelaskan bahawa beliau akan berusaha untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan kejadian terbabit.

Tambahnya kejadian terbabit berlaku di tempat sama berlakunya penculikan sebelum ini iaitu berhampiran dengan Selatan Filipina. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *