Presiden Perancis Terima Jersi Pukki

Macron bersama jersi penyerang Finland, Teemu Pukki. FOTO Twitter Reuters

Preiden Perancis Emmanuel Macron kini memiliki jersi Teemu Pukki tetapi tidak perlu bertukar jersi dengan penyerang Finland yang muncul pemain paling menyerlah di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Macron dihadiahkan jersi yang tertulis nama wira bola sepak Finland itu selepas pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri negara itu Antti Rinne di Istana Elysee di Perancis hari ini.

Rinne kemudiannya memuat naik gambar kedua-dua mereka di Twitter dengan Macron memegang apa yang disifatkan Perdana Menteri Finland itu sebagai ‘hadiah kecil’.

Pukki mencipta sensasi di liga utama Inggeris musim ini dengan menjaringkan enam gol dan membantu dua jaringan daripada lima perlawanan bersama pasukan pendatang baharu, Norwich City.

Pemain Finland berusia 29 tahun itu dinamakan pemain pemain terbaik Liga Perdana Inggeris pada Ogos dan meraikan anugerah itu dengan mencatat kemenangan mengejut 3-2 ke atas juara bertahan Manchester City dalam perlawanan terbaharu mereka.- Reuters