
RANAU; 17 SEPTEMBER 2019 (Selasa) – Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dinaikinya bertembung dengan sebuah bas express membawa penumpang di Kampung Segindai Jalan Ranau-Sandakan, semalam.
Mangsa dikenali Ramesh A/L Rasaiah, 50 tahun, disahkan maut ditempat kejadian.

Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan pukul 10.22 malam menerusi talian MERS 999 dan seterusnya respon ke tempat kejadian sejauh 34 kilometer dengan 2 jentera diketuai PB Norazly Mohd Nauth bersama 4orang anggota.
Menurut Ketua Operasi, kemalangan melibatkan sebuah Bas Express membawa 41 orang penumpang dari Kota Kinabalu menuju ke Daerah Semporna didapati telah bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, kesemua penumpang bas express berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, Namun seorang pemandu bas mengalami kecederaan ringan dan diberikan
rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dikejarkan ke hospital oleh pihak Ambulan.

Mayat mangsa yang didapati tersepit di dalam pacuan empat roda berjaya dikeluarkan Pasukan Bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, seorang lagi mangsa lelaki menaiki pacuan empat roda, 29 tahun turut dilaporkan cedera ringan. Operasi di ditamatkan pukul 11.40 malam.


#BESTAWAUfm