Dua Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan

Keadaan semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

KOTA KINABALU: Dua orang cedera apabila tiga buah kenderaan bertembung sehingga terbabas di Jalan Kampung Kapa Tamparuli, Tuaran semalam.

Komander Operasi PBK II Azran Jull berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.25 pagi.

“Kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu Isuzu D-max dan Toyota Vigo yang bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.

“Kejadian itu menyebabkan semua kenderaan terbabas di tepi jalan. Dua mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta masing-masing dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pasukan bomba melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *