PPM Sabah Ambil Alih Tugas Menjaga Pulau Tabawan

Mohamad Pajeri bergambar bersama pegawai serta anggota PPM dan ATM semasa melawat Pulau Tabawan.

SANDAKAN: Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner (ACP) Haji Mohamad Pajeri Ali berkata, Pasukan Polis Marin (PPM)  Wilayah Sabah akan mengambil alih penugasan menjaga perairan negara di Pulau Tabawan Kunak.

“Penugasan menjaga keselamatan di pulau itu sebelum ini dijaga oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya kepada pemberita di Sandakan.

Beliau berkata, pihak ATM akan menyerahkan penugasan itu kepada PPM Sabah dalam masa terdekat ini.

Mohamad Pajeri berkata, Pulau Tabawan di Kunak ini adalah satu tempat yang strategik dari segi kawalan keselamatan ekoran kedudukannya berdekatan dengan Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

“Jadi dari segi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan ini, saya rasa amat sesuai lah Pulau Tabawan untuk dijadikan lokasi kita melakukan operasi serta rondaan,” katanya.

Beliau berkata,  bukan Pulau Tabawan sahaja yang dijadikan fokus oleh PPM tetapi ada beberapa tempat lagi kita sedang melihat supaya pasukan polis marin boleh berada di kawasan tu.

 Mengenai keselamatan pelancong di pulau peranginan, beliau berkata PPM sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek itu dengan mengadakan rondaan secara kerap.

Mohamad Pajeri berkata, pihak pasukan keselamatan teruatamanya pasukan polis marin sentiasa berada di perairan untuk memastikan tahap keselamatan adalah terkawal dan selamat.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *