Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Kemalangan Di Papar

Mangsa meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan lori. FOTO ihsan Bomba

PAPAR: Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal bertembung dengan lori 10 tan di Jalan Benoni, dekat Papar, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa Abdul Manan Mumin, 59, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Penunggang motosikal berkuasa tinggi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba dilokasi kejadian.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa pula sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain dan operasi tamat pada jam 12.58 tengah hari.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *