Indonesia Mengaku Jerebu Di Malaysia Berpunca Daripadanya

Keadaan jerebu di Pekan Kunak pada hari ini – Foto Ihsan Pembaca

JAKARTA: Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar mengakui asap daripada kebakaran hutan di negara itu mungkin sampai ke Malaysia.

Katanya, walaupun asap kebakaran hutan di Indonesia sudah merentas ke Malaysia, kebakaran yang dikesan, minggu lalu, di negeri Sarawak dan semenanjung Malaysia turut menyumbang kepada kualiti udara lebih buruk.

Beliau turut mendakwa Malaysia tidak memberikan gambaran objektif terhadap kebakaran hutan di pulau Sumatera dan kepulauan Borneo, Indonesia yang menurut Reuters, sudah melanda kedua-dua kepulauan terbabit lebih sebulan.

“Saya minta supaya (Malaysia) objektif. Kalau data yang dibahas itu, hari ini, sudah tentu berlainan situasinya.

“Kita harus ikut turutan dalam melihat dan mengolah data,” katanya, ketika menjawab kenyataan Malaysia yang menggunakan data terbaharu Pusat Meteorologi Khas ASEAN. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *