Angin Kuat, Pokok Hempap Kereta

 Pokok besar yang menghempap kenderaan jenis sedan yang diparkirkan berhampiran Kompleks Sukan Likas.

KOTA KINABALU: Sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir mengalami kerosakan kecil selepas dihempap sebuah pokok besar yang tumbang berdekatan Stadium Likas di sini.

Kejadian berlaku selepas hujan lebat serta angin kuat melanda kawasan bandaraya di sini bermula kira-kira jam 11.45 malam semalam.

Pokok besar yang menghempap kenderaan jenis sedan yang diparkirkan berhampiran Kompleks Sukan Likas.

Perkara itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan kepada pemilik kenderaan dan pihak pengurusan Kompleks Sukan Likas berjaya mengalihkan pokok tumbang dalam satu operasi pembersihan kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan berhubung angin ribut serta hujan lebat yang berlaku selama beberapa jam itu.

Pokok besar yang menghempap kenderaan jenis sedan yang diparkirkan berhampiran Kompleks Sukan Likas.

Katanya, setakat malam kelmarin dan pagi semalam tiada sebarang panggilan diterima berikutan angin kencang, dipercayai tidak membabitkan sebarang mangsa atau keadaan tidak diingini berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *