Harga RON97 Naik, RON95 & Diesel Kekal

Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen seliter iaitu daripada RM2.50 seliter kepada RM2.53 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 14 hingga 20 September berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing RM2.23 seliter dan RM2.29 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.20 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.26 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 14 hingga 20 September adalah berjumlah RM68.71 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *