(VIDEO) Bapa Mabuk Pukul Anak Dengan Batang Kayu, Paksa Anak Lelakinya Rakam Kejadian Itu

Seorang lelaki mabuk memukul dua anaknya dengan batang kayu dan paksa salah seorang dari mangsa merakam video kejadian itu. 

Suspek telah ditahan, manakala dua beradik yang masing-masing berusia 13 dan 8 tahun itu yang tidak mengalami kecederaan serius kini berada dibawah jagaan ibunya. 

Kejadian itu berlaku pada 12 Julai lalu di China dan tersebar meluas di media sosial negara itu. 

Difahamkan, keluarga itu tinggal di Bandar Lianyungang, Juangsu. Suspek yang dikenali sebagai Ge, 36, bukan sahaja memukul anak-anaknya, malah isteri dan ibu bapanya sendiri turut menjadi mangsa. 

Sebelum kejadian itu berlaku, suspek baru pulang ke rumah dalam keadaan mabuk lalu menyerang isterinya yang kemudian melarikan diri dari rumah. 

Ge kemudian menyerang dua anaknya seperti yang ditunjukkan dalam video viral di mana mangsa (perempuan) dipukul bertubi-tubi dengan batang kayu sehingga patah.

Mangsa hanya mampu mengelak dan menahan kesakitan sambil menangis.

Dalam video lain, Ge juga memukul anak lelakinya yang duduk di lantai sambil melindungi mukanya dari dipukul. Ge memukul kepala mangsa. 

Suspek memaksa anaknya merakam seluruh kejadian itu. Jika ingkar, dia akan terus memukul mereka sehingga lunyai. Oleh kerana tiada pilihan lain, mangsa terpaksa akur kerana takut dipukul sehingga mati. 

Suspek didakwa pernah memukul saudaranya setiap kali dia selesai minum minuman keras dan pernah beberapa kali polis datang memberi amaran kepada Ge. 

Biarpun begitu, suspek tidak berubah dan meneruskan barannya itu. 
Kes itu kini sedang disiasat oleh pihak polis. 

Sumber: The Epoch Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *