Pelajar Lelaki Mati Lemas Selepas Tergelincir Jatuh Ke Kolam renang

Mangsa (gambar kecil) semasa di Hospital Tawau.

TAWAU; 3 SEPTEMBER 2019 (Selasa) – Seorang pelajar lelaki berumur 11 tahun lemas semasa beriadah dan mandi-manda bersama ahli keluarganya di Kolam renang di sebuah pusat peranginan di Balung, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian pukul 1.20 petang itu, mangsa dipercayai tergelincir semasa mandi dan lemas memandangkan permukaan bawah kolam yang licin dan air kolam yang agak keruh.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Tawau.

Menurut ACP Peter, siasatan turut mendapati kedalaman kolam renang di pusat peranginan berkenaan berbeza iaitu kira-kira lebih 4 kaki untuk kanak-kanak dan 10 kaki bagi dewasa.

Kes kemudian diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan tiada unsur jenayah berlaku.

Difahamkan, jenazah sudah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sumber : BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *