Agong Mencemar Duli Menziarahi, Serah Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Di Tawau

TAWAU; 2 SEPTEMBER 2019 (Isnin) – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menziarahi mangsa-mangsa kebakaran Kampung Otentik Tanjung Batu Keramat, Tawau, Hari ini.

Baginda diiringi Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu tiba di Masjid Al-Mukarramah Tanjung Batu Darat kira-kira pukul 10.08 pagi.

Turut menyambut ketibaan Baginda, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew, ahli kabinet negeri serta Dewan Undangan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Baginda meluangkan masa kira-kira 2 jam bertemu mangsa-mangsa kebakaran, rakyat Tawau dan turut berkenaan mengurniakan sumbangan kepada 112 ketua keluarga.

Sifat prihatin Baginda terserlah apabila Baginda bersalaman dan berinteraksi dengan mangsa kebakaran serta mencemar duli ke lokasi kebakaran.

Baginda bertitah, merupakan satu rahmat dari Allah SWT dapat mencemar duli bertemu dengan mangsa-mangsa kebakaran dan rakyat Tawau dengan kerjasama semua pihak kerajaan persekutuan dan Negeri.

Baginda bertitah agar bantuan yang diberikan dapat meringankan beban pada mangsa selain rakyat sentiasa bersabar atas musibah yang menimpa pada hari ini serta berhati-hati bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Baginda turut bertitah percaya bahawa kerajaan negeri ini akan meneliti dan mengkaji semula sekiranya perlu pembinaan semula rumah mangsa-mangsa kebakaran dalam masa terdekat.

Kebakaran pada 26 Ogos lepas mengakibatkan 69 rumah musnah sepenuhnya dengan 511 orang tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, mangsa kebakaran yang ditemui teruja dan tersentuh hati untuk bertemu mata dengan Baginda yang terkenal dengan sikap prihatin pada rakyat walau Baginda sibuk dengan urusan harian rasmi.

Baginda kemudian berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada petang.

#BESTAWAUfm