Rumah Pekerja Musnah Terbakar Di Lahad Datu

Keadaan rumah pekerja ladang yang musnah terbakar – Foto BESTAWAUfm

LAHAD DATU; 28 OGOS 2019 (Rabu) – Sebuah rumah pekerja dua pintu telah musnah terbakar di Ladang Permai, Lahad Datu, pagi tadi.

Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lahad Datu telah menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pukul 11.41 pagi dan telah bergegas ke lokasi kejadian sejauh 35 kilometer.

Keadaan rumah pekerja ladang yang musnah terbakar – Foto BESTAWAUfm

Operasi berkenaan diketuai oleh Ketua Balai PPgB Darren John, dengan kekuatan 9 anggota dan menggunakan dua buah jentera pemadaman, sebuah jentera EMRS dan kenderaan utiliti ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja dua pintu jenis tidak kekal berukuran 40′ x 30′ telah terbakar 90 peratus.

Keadaan rumah pekerja ladang yang musnah terbakar – Foto BESTAWAUfm

Pihak Bomba mejalankan operasi pemadaman api menggunakan alat salur bantu “hose reel” dari jentera bagi memadam kebakaran.

Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan terlibat. Kebakaran tersebut dapat dikawal pukul 12.39 tengah hari dan operasi ditamatkan pukul 1.01 tengah hari.

Sumber: #BESTAWAUfm