Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Sabah Sehingga 29 Ogos

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran rebut petir antaranya bagi negeri Sabah yang dijangka berlanjutan hingga jam 5 petang ini.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat serta Labuan.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) iaitu angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Barat sehingga Khamis, 29 Ogos 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *