Peniaga Gantung Diri Di Kedai Tayar

Mayat mangsa selepas diturunkan sebelum dihantar ke Hospital Sipitang untuk dibedah siasat.

SIPITANG: Seorang peniaga ditemukan maut dalam keadaan tergantung di sebuah kedai tayar Batu 1 Jalan Sipitang-Sindumin di sini.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata mangsa ditemukan abang iparnya sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis kira-kira jam 9.30 pagi.

“Tiada kecederaan ditemukan pada pemeriksaan awal terhadap badan mangsa berumur 56 tahun itu dan polis hanya mengesan kesan cerut tali di bahagian leher.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sipitang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut kes mati mengejut (SDR),” katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *