Warga Malaysia Ditahan Selepas Didapati Letak Kamera Di Dalam Tandas Pesawat

Choon memasang kamera dalam tandas kelas pertama sebuah pesawat United Airlines. – Agensi

Houston: Seorang lelaki warga Malaysia ditahan baru-baru ini kerana cuba mengintai penumpang United Airlines dengan memasang kamera dalam tandas kelas pertama pesawat itu.

Choon Ping Lee meletakkan kamera itu dalam tandas penerbangan 646 yang dalam perjalanan ke Houston dari San Diego pada 5 Mei lalu.

Menurut Daily Mail, kamera itu ditemui seorang penumpang wanita yang melihat cahaya biru menyala dari alat terbabit.

Wanita terbabit segera membawa kamera itu kepada anak kapal yang menyerahkannya kepada pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa George Bush.

Lapor KRTK, rakaman video dalam kamera itu memaparkan Choon memasangnya dalam tandas pesawat terbabit.

Pihak berkuasa berjaya mengesan Choon berdasarkan pakaian dan barang kemas dipakainya ketika menaiki penerbangan itu.

Turut ditemui rakaman video dua wanita di dalam tandas pesawat Emirates dengan seorang daripadanya adalah anak kapal.

Sekiranya didapati bersalah, Choon boleh dipenjara selama setahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

The Houston Chronicle melaporkan Choon menjadi orang pertama ditahan mengintai di dalam pesawat sejak undang-undang berkaitan kesalahan itu digubal 15 tahun lalu.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *