Gol Sendiri Lebur Harapan Sabah Di Pulau Pinang

Aksi Sabah ketika seri tanpa jaringan dengan pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya dalam aksi pusingan ke-2 Liga Premier 2019. – Foto therhinostroops.com

KOTA KINABALU: Skuad Tambadau tewas buat kali kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia, kali ini dengan pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, semalam.

Walaupun menunjukkan persembahan lebih baik daripada perlawanan pertama mereka namun Sabah dikejutkan oleh skuad Harimau Kumbang yang membuka tirai jaringan melalui penyerang Julian Bottaro pada minit ke-21.

Pada babak kedua, Sabah mengubah rentak mengasak pintu gol lawan dan pada minit ke-48 dihadiahkan penalti.

Rodoljub Paunovic menyempurnakan sepakan penalti itu untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Perlawanan selepas itu menjadi semakin rancak dengan serangan demi serangan dilancarkan kedua pasukan.

Namun agak malang bagi skuad Tambadau apabila pemain pertahanan kiri Evan Wensley yang cuba menampan bola namun tersepak ke dalam gawang sendiri pada minit ke-73 untuk menjadikan kedudukan 1-2.

Pulau Pinang berjaya mempertahankan kedudukan itu sehingga wisel penamat untuk melakar kemenangan pertama dalam dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Keputusan itu menyaksikan Skuad Tambadau kini berada ditangga paling bawah dalam kumpulan C yang digelar kumpulan maut.

Sabah akan bermain di gelanggang sendiri pada 17 Ogos apabila menerima kunjungan Pahang.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *