Mayat Reput Dan Berulat Ditemui Di Pesisiran Pantai Kampung Telisai

Mayat yang ditemui di tepi pantai. Gambar SNT

LAHAD DATU: Sekumpulan remaja gempar apabila menemui mayat lelaki dalam keadaan mereput dan berulat terdampar di pesisiran pantai Kampung Telisai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu daripada ketua kampung berkenaan pukul 8.40 malam.

Mayat yang ditemui di tepi pantai. Gambar BESTAWAUfm

“Dua anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian bersama pengadu dan mendapati mayat lelaki terdampar serta tidak berbaju di persisiran pantai itu.

“Bagaimanapun usaha membawa keluar mayat mangsa daripada lokasi kejadian terpaksa dijalankan pagi tadi berikutan laut bergelora dan ombak kuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan berkenaan berhampiran dengan ladang kelapa sawit.

Mayat yang ditemui di tepi pantai. Gambar BESTAWAUfm

“Siasatan turut mendapati kawasan berkenaan tidak berpenghuni (kurang dikunjungi orang) berikutan ia terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

“Tidak ada unsur jenayah, khianat atau kecederaan dilaporkan setakat ini. Mayat didapati dalam keadaan mereput dan berulat.

Mayat yang ditemui di tepi pantai. Gambar BESTAWAUfm

“Bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan dan akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Lahad Datu, hari ini,” jelasnya.

Nasri berkata orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan-rakan boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Tungku.

Mayat dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat. Gambar SNT/Ihsan IPD Lahad Datu

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *