Mayat Remaja Lelaki Dilaporkan Hilang Ketika Memacing Ditemui

Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Nukleus Labuan bagi proses bedah siasat. – Gambar Ihsan Bomba

LABUAN: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Jeti Nelayan, di sini, semalam ditemui lemas hari ini.

Mayat mangsa Mohd Hilmi Hamizan Ahmad Hassan, 16, ditemui pasukan bomba ketika operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) kira-kira 10.20 pagi.

Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Nukleus Labuan bagi proses bedah siasat. – Gambar Ihsan Bomba

Difahamkan, mangsa dikatakan memancing di kawasan jeti berkenaan bersama dua rakannya pada Sabtu lalu sebelum mangsa dikhuatiri lemas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Labuan, Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata pihaknya menerima laporan daripada Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan pada pukul 3.45 petang semalam berkenaan seorang remaja dikhuatiri lemas di jeti.

“Operasi Carilamat kemudian diaktifkan sejurus mengesahkan kejadian itu dan operasi hari ini diteruskan seawal 7 pagi membabitkan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mayat mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelam daripada JBPM pukul 10.20 pagi tadi,“ katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Katanya mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti sebelum di hantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses bedah siasat.

SabahNewsToday

38