
KOTA KINABALU: Misteri panggilan tidak terjawab akhirnya terungkai apabila lelaki warga emas ditemui mati tergantung di dalam bilik sewanya di Kepayan Rumah Murah, di sini, petang tadi.
Mangsa Chin Siu Yin, 66, ditemui kira-kira jam 5 petang oleh beberapa penghuni rumah berkenaan selepas rakan mangsa memberitahu telefon bimbitnya tidak dijawab.

Susulan itu, beberapa penghuni kemudian melihat daripada tingkap bilik dan terkejut apabila mangsa dilihat tergantung dan tidak bergerak.
Salah seorang penghuni rumah sewa kemudian menghubungi pihak polis.
Kali terakhir mangsa dilihat pada sebelah pagi ketika hendak masuk ke bilik sewanya.
Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di bilik sewa berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
SabahNewsToday