Indonesia Tarik Balik Amaran Tsunami

Penduduk kampung mula keluar dari rumah selepas berlaku gegaran di Pulau Pasaran, Bandar Lampung, Indonesia. foto Agensi

JAKARTA: Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan lewat petang tadi selepas dikejutkan dengan gegaran gempa bumi di selatan pulau Jawa.

Sebelum itu, agensi bencana Indonesia merekodkan gegaran pada kekuatan magnitud 7.4 dan memberi amaran ia mungkin mencetuskan tsunami setinggi tiga meter.

Bagaimanapun, amaran itu ditarik kembali tiga jam kemudian.

Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran berlaku pada kedalaman 52.8 kilometer dan terletak kira-kira 150 kilometer dari Labuan, barat daya ibu kota Jakarta.

CNN Indonesia melaporkan, gegaran kuat dirasai selama beberapa minit pada jam 7.05 malam (waktu tempatan) menyebabkan beberapa orang ramai panik dan berlari keluar dari bangunan tinggi. – Agensi

14