Remaja Perempuan Dirogol Dua Kali Lelaki Dipercayai Baru Dikenali

Gambar Hiasan

TAMBUNAN: Akibat terlalu mempercayai rakan, seorang remaja perempuan di daerah ini menjadi mangsa rogol dipercayai lelaki baru dikenali.

Mangsa berusia 15 tahun itu dipercayai dirogol oleh seorang lelaki dikenali sebagai Bulluh berumur 19 tahun yang juga rakan kepada rakan sekolah mangsa sebanyak dua kali pada hari serta lokasi berbeza.

Bagaimanapun, laporan polis hanya baru dibuat semalam oleh ibu mangsa selepas didatangani isteri suspek untuk memberitahu berkaitan hubungan mangsa bersama suspek.

Sumber berkata ibu mangsa kemudiannya  membawa mangsa ke balai polis bagi membuat laporan pada hari sama selain hasil pemeriksaan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan.

“Kejadian pertama dipercayai berlaku pada 16 Mac lalu ketika mangsa menemani rakan baik nerusia 17 tahun yang juga kawan sekolahnya bertemu teman lelaki rakan mangsa bernama Bede.

“Mereka kemudiannya keluar menemui suspek dan singgah disebuah rumah kosong sebelum mangsa dirogol.

“Rakan serta teman lelaki rakan mangsa nampak kejadian itu namun hanya membiarkan kejadian terbabit berlaku.

“Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya mendiamkan diri pulang ke rumah bersama rakan dan tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa,” katanya.

Sumber menyatakan kejadian kedua pada 28 April lalu selepas bapa mangsa menghantarnya serta rakan ke sekolah namun kedua-dua remaja itu telah ponteng sebelum bertemu dengan teman lelaki rakannya.

“Mangsa dihantar ke kawasan empangan air Kampung Pupuluton yang juga lokasi suspek menunggu mangsa.

“Rakan mangsa meninggalkan mangsa bersama suspek sebelum lelaki berkenaan merogol mangsa. Mangsa dipercayai cuba melawan tetapi tidak berjaya.

“Remaja ini tetap mendiamkan diri sehingga isteri suspek mendatangi ibu mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, suspek berjaya ditahan pada hari laporan dibuat ketika suspek berada di sebuah kedai terletak di Kampung Nambayan.

Sementara itu, Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata dihubungi melalui applikasi Whatsapp mengesahkan kejadian terbabit dan menyatakan siasatan lanjut masih giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *