Terabai Dan Rosak Teruk, Kerajaan Diminta Baiki Jalan Pitas-Paitan

Maklin menunjukkan keadaan jalanraya yang rosak dan perlu pembaikan.

PITAS: Kerajaan diminta mengambil langkah membaiki Jalan Pitas-Paitan yang dalam keadaan terabai dan rosak teruk.

Seorang pemimpin tempatan, Maklin Masiau berkata, laluan yang paling teruk bermula dari Simpang Kanibongan sehingga ke Simpang Kampung Kaindangan.

Keadaan jalanraya yang rosak dan perlu pembaikan.

Keseluruhan, kerosakan teruk dianggarkan sejauh 30km, katanya sambil menambah kerosakan ini sudah berlaku sejak tujuh tahun yang lalu dan sehingga sekarang seolah-olah diabaikan.

“ Tidak nampak kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan jalan secara konsisten,“ katanya yang juga bekas calon WARISAN DUN Pitas pada pilihan raya lalu.

Keadaan jalanraya yang rosak dan perlu pembaikan.

“Tidak pasti adakah jalan ini termasuk dalam bidang tugas penyelenggaraan oleh konsesi sedia ada,” katanya. Oleh itu kerajaan perlu tampil dengan tindakan yang konkrit.

Menurutnya, sekiranya jalan ini termasuk dalam konsesi penyelenggaraan maka ini adalah satu kerugian kepada wang rakyat.

“Jalan ini merupakan satu-satunya laluan utama yang menghubungkan utara Sabah, khususnya daerah Pitas dengan Paitan, Telupid, Beluran dan Sandakan. Ribuan pengguna melaluinya setiap hari

“Dari segi komposisi DUN, sebahagian besar jalan raya ini termasuk dalam DUN Sugut,” katanya.

Maklin berkata, laporan dan rungutan para pengguna jalan sudah dikemukakan sejak sekian lama namun tidak ada perubahan.

“Kita mohon Menteri Infrastruktur dan Ketua Menteri membantu menyelesaikan masalah jalan raya ini,” katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *