Kerajaan Negeri Akan Cari Jalan Selesai Projek KK SkyBridge Terbengkalai

KK Skybridge yang akan menghubungkan Asia City, Oceanus, Centre Point, Api Api dan Warisan Square

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membincangkan penyelesaian bersama dengan Jabatan Peguam Negeri berhubung status projek jejantas KK Skybridge yang terbengkalai.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Arifin Asgali berkata kerajaan negeri bersama jabatan terbabit akan menyelesaikan beberapa isu yang membuatkan status projek tergendala.

KK Skybridge yang akan menghubungkan Asia City, Oceanus, Centre Point, Api Api dan Warisan Square

“Beri kami tempoh dalam masa dua atau tiga bulan lagi bagi menyelesaikan masalah ini.

“Biarkan mereka membuat banyak aduan. Kerajaan lebih suka dinilai berdasarkan dengan prestasi dan apa yang dalam disampaikan kepada rakyat,” katanya ketika diminta mengulas berhubung laporan oleh pihak pembangkang di negeri ini yang mendakwa kerajaan kini tidak melakukan sebarang tindakan terhadap projek KK SkyBridge.

KK Skybridge yang akan menghubungkan Asia City, Oceanus, Centre Point, Api Api dan Warisan Square

KK SkyBridge merupakan jejantas berhawa dingin yang telah siap hampir 95 peratus dan akan menghubungkan pusat beli belah utama dan pusat komersial di sini.

Projek berkenaan telah siap hampir setahun lalu dan masih belum beroperasi disebabkan beberapa faktor termasuk insolvensi pihak pemaju yang hanya menerima 35 peratus daripada jumlah kontrak projek dan meninggalkan baki hampir RM20 juta.

KK Skybridge yang akan menghubungkan Asia City, Oceanus, Centre Point, Api Api dan Warisan Square

SabahNewsToday