Ketua Menteri Umum Dana RM1 Juta Bantu Bina Gereja St. Theresa Tambunan

Mohd Shafie menyampaikan ucapan ringkas ketika hadir di gereja Katolik St Theresa Tambunan.

SHAFIE UMUM DANA RM1 JUTA KERAJAAN NEGERI BANTU BINA GEREJA ST. THERESA TAMBUNAN

TAMBUNAN: Kerajaan Negeri hari ini menyumbangkan dana RM1 juta bagi tabung pembinaan Gereja St Theresa di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal membuat pengumuman itu semasa lawatan ke Gereja St Theresa hari ini.

Semasa lawatan itu, Shafie disambut oleh Rev Father Rudolf Joanes dan kemudian diberi taklimat oleh jawatankuasa bangunan baharu Gereja St Theresa.

Sebelum itu Shafie berkata sebagai ketua menteri beliau bertanggungjawab menjaga semua rakyat Sabah tanpa mengira agama dan bangsa.

Kos projek pembinaan Gereja St Theresa ialah RM8.8 juta dan setakat ini sebanyak RM2.3 juta telah dipungut.

Dana RM2.3 juta itu adalah dari sumbangan Kerajaan Persekutuan (RM2 juta) dan hasil kutipan dari umat (RM300,000).

Antara Menteri yang hadir bersama Shafie ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar serta bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.

Semasa lawatan tersebut, Shafie sempat beramah-mesra dengan pemimpin Paroki Keningau.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *