Pelajar Maut Disepak 3 Pelajar

Gambar Hiasan

Seorang pelajar lelaki yang koma selepas diserang sekumpulan pelajar bulan lalu dilaporkan meninggal dunia kelmarin dalam satu kejadian yang berlaku di Bangkok, Thailand

Mangsa berusia 15 tahun dari wilayah Nakhon Pathom itu dikatakan disepak dengan kuat di dada oleh tiga pelajar senior sehingga tidak sedar diri.

Polis mengesahkan mangsa meninggal dunia dan berkata tiga pelajar terbabit yang sudah didakwa kerana menyerang bakal berdepan tuduhan lebih serius.

Leftenan Kolonel, Pinyo Musiksan memberitahu AFP tuduhan termasuk niat untuk membunuh.

Dua suspek akan dihadapkan di mahkamah juvenil kerana di bawah usia 18 tahun.

AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *