Video Intim: Azmin suruh Anwar Tengok Cermin

Mohamed Azmin

KUALA LUMPUR: Pergolakan dalaman PKR semakin parah meskipun rata-rata pimpinan mengatakan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulangkan paku buah keras kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung syornya untuk beliau melepaskan jawatan sekiranya video intim itu sah dirinya.

Mohamed Azmin dengan tegas berkata, Anwar sepatutnya melihat cermin sewaktu menyatakan cadangan tersebut.

“Baca gerak bibir saya, beritahu dia (Anwar) dia perlu melihat lelaki di dalam cermin.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin perlu letak jawatan jika video intim sahih, kata Anwar

“Muhasabah. Suruh Anwar muhasabah. Tolong refleks muka sendiri dalam cermin,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan Presiden PKR untuk beliau meletakkan jawatan sekliranya video intim yang didakwa miripnya dibuktikan benar.

Anwar hari ini ketika ditemui media berkata, Mohamed Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya video intim yang didakwa miripnya dibuktikan benar.

“Pandangan awal saya, dia (Mohamed Azmin) tak perlu letak jawatan. Tapi (sekarang) bergantung kepada penyiasatan.

“Kalau konklusif, dalam erti kata (dia merupakan) pelaku dalam adegan itu, sudah tentu dia kena letak jawatan,” kata Anwar.

Sinar