(VIDEO) Gadis Asal Tawau Ini Sedih Digelar Gedik, Selepas Video Picit Patung Tular, Akui Manja Dan Bersuara Kecil

Baru-baru ini, viral sebuah video memaparkan seorang gadis yang teruja melihat anak patung di salah satu pusat beli belah, sambil gelagat manjanya dirakam oleh teman lelaki.

Namun, aksi terlebih manja dengan gaya percakapan yang seakan-akan pelat telah membuat dirinya menjadi bahan kecaman netizen yang menyifatkan dirinya sebagai gedik.

Suara saya memang kecil dan manja

Gadis tersebut yang mahu dikenali sebagai Eyta Juwita atau nama sebenarnya Sri Juwita Judding, 22, boleh dikategorikan sebagai Instafamous kerana memiliki 168 ribu pengikut, maka tidak hairanlah videonya itu menjadi viral.

Menurutnya, mengenai suaranya yang dikatakan manja itu, dia mengakui bahawa memang sejak dari dahulu lagi dia mempunyai suara agak kecil.

Saya beli patung tu…

Mengulas mengenai kecaman bahawa dia telah mengotorkan patung tersebut dengan kesan alat solekan, Eyta berkata bahawa patung tersebut telah dibelinya, malah ketika hari kejadian dia tidak mengenakan solekan tebal.

” Yang mana kata saya kotorkan patung ‘bear’ kena make up, hari itu saya pakai make up sikit jer dan patung tu pun saya dah beli…”

Walaupun sehingga kini masih lagi ada yang mengecamnya, namun bagi gadis berasal dari Tawau, Sabah ini, mengambil langkah untuk tidak mempedulikan kritikan yang diterimanya kerana itulah dirinya yang sebenar.

Sumber : Eyta Juwita , mStar Online & ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *