Bunuh, Siar Gambar Mayat Kekasih Di Media Sosial

Mayat Bianca ditemui di luar keretanya selepas orang ramai mula mengongsikan gambar dimuat naik Clark itu di media sosial. Gambar Agensi

NEW YORK: Seorang bintang media sosial mati dibunuh teman lelakinya yang turut memuat naik gambar ngeri mayatnya di Instagram dengan keterangan I am sorry Bianca (saya minta maaf Bianca) sebelum cuba membunuh diri.

Malah Instagramnya turut dikecam hebat kerana membiarkan gambar mayat Bianca Devins yang dimuat naik Brandon Andrew Clark, 21, itu selama 12 jam sebelum memadamkannya.

Mayat Bianca ditemui di luar keretanya selepas orang ramai mula mengongsikan gambar dimuat naik Clark itu di media sosial. Gambar Agensi

Mayat Bianca ditemui di luar keretanya pada pagi Ahad selepas orang ramai mula mengongsikan gambar dimuat naik Clark itu di media sosial.

Bianca, bintang Internet dengan 35,000 pengikut di dua laman Instagram, dipercayai bertengkar dengan Clark selepas mereka pulang menyaksikan konsert.

Clark mengelar leher Bianca sebelum memuat naik gambar berkenaan selain cuba mengelar lehernya sendiri.

Gambar ngeri mayat Bianca itu dibiarkan lebih 12 jam di sebalik penapis imej sensitif di Instagram sehingga platform berkenaan bertindak membuangnya.

Malah, polis Utica memberitahu BuzzFeed News, Clark terus memuat naik hantaran ke Instagram Stories ketika ditahan polis yang mengacukan senjata terhadapnya.

Jurucakap Instagram memberitahu Mail Online: “Kami membuang imej itu malah selepas itu akaun berkenaan juga kerana melanggar polisi kami.

“Untuk mengelak bahan itu daripada tersebar, kami menggunakan teknologi yang membolehkan kami mencari cubaan lain untuk memuat naik imej terbabit secara proaktif dan terus membuangnya secara automatik sebelum dilihat sesiapa.

“Kami juga menyemak semula tanda pagar dan akaun yang mendakwa mengongsikan bahan berkenaan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya mengikut polisi kami.”

Clark dilaporkan kini dirawat di hospital dan menurut New York Post dia sendiri menghubungi talian kecemasan.

Sementara itu, seorang wanita dipercayai kakak Bianca menyifatkan Clark sebagai ‘kawan baik yang turut disenangi dan amat dipercayai keluarga ini.’

Sementara itu, seorang lelaki mendakwa dirinya abang Clark mengeca m orang ramai yang menyasarkan dan menyalahkan keluarganya atas kejadian itu.

Agensi