Penghawa Dingin Keluar Bunyi Ganjil, Rupanya Ada 5 Ekor Ular Di Dalamnya

Lima ekor ular yang berada di dalam penghawa dingin tersebut berjaya dikeluarkan

Seorang lelaki terperanjat apabila menemui lima ekor ular di dalam penghawa dinginnya selepas ‘aircond’ tersebut mengeluarkan bunyi ganjil.

Terdahulu, lelaki dari Thailand itu berasa hairan dengan bunyi ganjil yang datang dari pendingin hawanya lalu mengambil keputusan untuk memeriksanya. 

Sebaik saja dibuka, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ada beberapa ekor ular menghuni di dalam mesin tersebut. 

Lelaki itu berjaya menangkap lima ekor ular tersebut dan mengeluarkannya dari mesin pendingin hawa. 

Menurut lelaki itu, dia sendiri hairan bagaimana ular-ular itu dapat masuk ke dalam alat elektronik tersebut.

Tambahnya, dia tidak mengetahui jenis-jenis ular itu namun menurut laporan media, ular-ular itu tidak berbahaya dan tidak berbisa serta kerap masuk ke rumah untuk memburu cicak.