
SANDAKAN: Polis sandakan menahan seorang lelaki berumur 60 tahun dan seorang perempuan 26 tahun petang kelmarin berikutan penahanan suspek curi kabel sabtu lalu.
Kedua duanya ditahan di sebuah rumah, Batu 4 Taman Damai.
Beberapa guni berisi gumpalan dawai tembaga ditemui dan dirampas di rumah itu, dipercayai dijual kepada mereka oleh suspek.
Lelaki yang juga pemilik rumah bekenaan bersama wanita iaitu pekerjanya ditahan kerana disyaki memiliki barang curi.
Siasatan mendapati rumah itu dijadikan premis membeli barang lusuh.
Kes disiasat di bawah Sek 411 Kanun Keseksaan.