Gerhana Bulan Separa 17 Julai Ini

Gerhana Bulan Separa

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa pada Rabu, 17 Julai bermula jam 4.01 pagi hingga 6.50 pagi.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar berkata, orang ramai yang ingin melihat fenomena itu dengan lebih jelas boleh hadir ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah bermula jam 4 pagi.

“Pihak balai cerap akan menyediakan lima teleskop bagi memudahkan orang ramai untuk melihat dengan lebih jelas kejadian fenomena ciptaan Allah SWT ini.

“Kita juga berharap masyarakat setempat akan turut serta dalam aktiviti yang dijalankan antaranya solat sunat gerhana serta kuliah pagi yang memberi penerangan berkenaan fenomena ini.

“Program cerapan ini turut dibuka kepada mereka yang bukan Islam untuk bersama-sama menyaksikan fenomena ini,” kongsinya kepada media.

Fasa Awal Penumbra dijangka berlaku pada jam 2.43 pagi, Fasa Awal Umbra 4.01 minit pagi diikuti Kemuncak Gerhana 5.30 pagi, Fasa Akhir Umbra 6.59 pagi dan Fasa Akhir Penumbra 7.17 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *