PATI Antara 29 Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Sandakan

Antara yang diperiksa dalam operasi bersepadu – Foto Ihsan Polis Sandakan

SANDAKAN : Dua puluh orang terdiri dari 15 lelaki dan 5 perempuan berumur dalam lingkungan umur 18 hingga 50 tahun ditahan dalam satu operasi bersepadu ( PATI ).

Operasi bersepadu diketuai oleh PDRM Sandakan ini melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Pendataran, dan lain lain.

Antara yang diperiksa dalam operasi bersepadu – Foto Ihsan Polis Sandakan

Operasi yang bermula seawal jam tiga pagi itu, dibuat di beberapa lokasi setinggan di daerah ini.

Pada hari yang sama, dalam Operasi berasingan, bagi tujuan pencegahan Jenayah ( OP Poket ) , tujuh lelaki dan dua perempuan turut ditahan kerana disyaki terlibat pelbagai kesalahan jenayah di sekitar batu 8, batu 3 dan pusat bandar.

Operasi sebegini, akan sentiasa digerakkan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di daerah ini.

Semua PATI yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imegresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan akta-akta yang berkaitan

Antara yang diperiksa dalam operasi bersepadu – Foto Ihsan Polis Sandakan