Curi Besi, Tiga Penagih Ditahan

Ketiga-tiga suspek yang berjaya ditahan – Foto Ihsan Polis

SANDAKAN : Polis berjaya menahan tiga lelaki disyaki terlibat kes curi besi melibatkan kerugian RM500 di Taman Rimba, Sandakan pada Khamis lalu.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya memberkas tiga lelaki berkenaan berumur dalam lingkungan umur 29 hingga 39 tahun di Batu 7, pada jam 11.30 pagi.

Polis berjaya mengesan kenderaan yang digunakan suspek melalui rakaman kamera litar tertutup ( CCTV ) di rumah tersebut.

Kenderaan yang digunakan suspek berjaya ditemui di Taman Rajawali, siasatan lanjut yang dijalankan akhirnya membawa kepada penangkapan suspek.

Hasil saringan urine ketiga tiga suspek didapati positif dadah.

Semua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat dibawah Sek 379 Kanun Keseksaan dan Sek 15(1)(a) ADB1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *