Kenderaan Askar Terbalik, Tiga Terselamat

Kemalangan menyebabkan kenderaan ATM terbalik di kawasan lampu isyarat Jalan Airport Baru Tawau. – Gambar Ihsan Pembaca

Sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik dalam kemalangan di kawasan lampu isyarat Jalan Airport Baru, Tawau di sini, kira-kira jam 11.50 pagi Rabu.

Kenderaan ATM berkenaan berlanggar dengan sebuah van namun kedua-dua pemandu termasuk seorang penumpang terselamat dalam insiden itu dan mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan menyebabkan kenderaan ATM terbalik di kawasan lampu isyarat Jalan Airport Baru Tawau. – Gambar Ihsan Pembaca

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata kenderaan ATM terlibat dipandu oleh anggota tentera, 29, dan turut dinaiki seorang penumpang berpangkat kapten, 30.

”Van pula dipandu oleh seorang lelaki berumur 43 tahun,” katanya serta turut mengesahkan bahawa kedua-dua pemandu kenderaan terbabit tidak disyaki mabuk.

Kemalangan menyebabkan kenderaan ATM terbalik di kawasan lampu isyarat Jalan Airport Baru Tawau. – Gambar Ihsan Pembaca

Beliau berkata kenderaan ATM terbabit dalam perjalanan dari arah Shan Sui menuju ke Lapangan Terbang Tawau manakala van pula dipandu menuju ke Bandar Tawau dari arah Ranau.

Menurutnya, disyaki ketika kenderaan ATM memasuki lorong di sebelah kanan menuju ke lapangan terbang, van terlibat muncul dan melanggar kenderaan terbabit di bahagian kiri.

“Impak kemalangan itu menyebabkan kenderaan ATM berkenaan terjatuh ke sebalah kanan dan turut mengakibatkan sebatang tiang lampu ‘tumbang’ di atas jalan raya,” katanya.

Peter berkata polis akan meneruskan siasatan kes berkenaan melalui butiran percakapan saksi-saksi bebas yang melihat kejadian terbabit berlaku.

Siasatan kes dijalankan mengikut Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN 167/ 59 dan dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Trafik Insp Norhafizah Hussin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *