Sabah Juara Liga Perdana 2019

Pemain dan pegawai Sabah bersorak kegembiraan mengungguli Liga Perdana 2019 selepas menewaskan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah mengumpul 40 mata selepas 18 perlawanan, tujuh mata mengatasi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di kedudukan kedua.

Skuad kendalian Jelius Ating yang sudah mengesahkan tempat ke Liga Super pada Jumaat lalu dinobatkan juara susulan JDT II yang berbaki satu perlawanan lagi sudah tidak mampu untuk mengejar kelebihan perbezaan tujuh mata yang dimiliki Sabah.

Pemain dan pegawai Sabah bersorak kegembiraan mengungguli Liga Perdana 2019 selepas menewaskan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Sabah bagaimanapun tidak berdepan laluan mudah sebelum meraih kejuaraan itu apabila mereka ketinggalan pada minit ke-31 hasil sepakan percuma pemain import UiTM, Zarko Korac.

Pelawat terpaksa menunggu hingga minit ke-57 untuk menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Rodoljub Paunovic selepas bola terkena tangan pertahanan UiTM.

Aguinaldo muncul wira Sabah apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-66 selepas menanduk masuk bola sepakan penjuru Ricco Milus untuk mengesahkan kejuaraan liga milik skuad Tambadau.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *