Polis Tahan Dua Suspek Samun Pelajar Kolej Di Sandakan

Foto Ihsan Polis Sandakan

Sandakan : Polis Sandakan menahan dua lelaki berumur 29 dan 30 tahun selepas dipercayai melakukan jenayah samun terhadap mangsa seorang pelajar perempuan sebuah kolej di Muzium MPS di sini, pada pagi kelmarin.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, mangsa berumur 19 tahun didatangi suspek yang telah mengambil telefon mangsa, menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih kurang seribu ringgit.

Foto Ihsan Polis Sandakan

Bertindak atas laporan dibuat mangsa, pada hari yang sama seorang suspek berjaya ditangkap di Wisma sandakan pada jam 7.30 mlm, manakala seorang lagi beberapa jam kemudian, di Flat MPS Karamunting.

Sewaktu ditangkap turut dirampas ialah barang barang dipercayai milik mangsa pelajar berkenaan.

Seorang suspek yang ditangkap positif dadah, mempunyai rekod jenayah lampau samun dan dadah.

Kedua duanya kini ditahan reman, siasatan kes di bawah sek 392 Kanun Keseksaan dan 15(1)(a) ADB 1952. – Polis Sandakan